Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 di BCCK Kuching
Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri anjuran MUT (Kementerian Utiliti dan Komunikasi) Sarawak bersama 8 agensi di bawah kementerian iaitu JBALB (Jabatan Bekalan Luar Bandar), KWB (Kuching Water Board), SWB (Sibu Water Board), LAKU (LAKU Management Sdn Bhd), SEB (Sarawak Energy), SMA (Sarawak Multimedia Authority), SDEC (Sarawak Digital Economic Corporation) dan PETROS (Petroleum Sarawak Bhd) telah berlangsung pada 21 April 2024 di Borneo Convention Centre Kuching dari 10 pagi sehingga 4 petang.
Anggaran 2 ribu pengunjung hadir ke acara rumah terbuka tersebut yang mana terdiri daripada kakitangan kementerian dan agensi yang terlibat, para jemputan khas, kaum keluarga, sahabat handai dan orang awam.
Turut dijemput bagi memeriahkan lagi acara rumah terbuka tersebut adalah anak-anak PERYATIM. Pengunjung juga disajikan dengan beraneka makanan sambil dihiburkan dengan pelbagai persembahan.